Wednesday 18 November 2015

RESEPI SUSHI MUDAH

Posted by SHAFINIE MOKHTAR at 00:54




Muka melayu jawa tapi bertekak jepun?? Takde hal.. Oleh sebab banyak restoran sushi yang tak declare halal marilah kita buat sendiri sushi, dijamin halal tanpa was-was..  Actually buat sushi ni a longgggg longggggggg looooooooooooooooooooongggggg time ago tapi baru nak publish sampai lupe ape ke nama sushi yg ada telur kat tengah ni ha.. jadi kita namakan sushi itu sebagai sushi dengan surprise di tengahnya dan sushi kanimayo salad dan crab stick sushi..



Ni bahan untuk buat sushi dengan surprise di tengahnya.. agak2 bahan untuk buat 2 gulung sushi, telur lebih kurang 3 biji.. semua di dadu halus mulus, tuna pulak beli tuna chunck in water..


Mix all the ingredient together dengan telur and tambah sikit garam untuk rasa..
Disebabkan terlupa nak ambil gambar masa tengah goreng kita belaja secara teori saja ye adik kakak dan abang-abang jua..  Buat macam nak buat telur dadar tapi once telur dah nak masak, gulung setengah pan telur tu then masukkan lagi adunan telur tadi n masak, ulang smpai ketebalan telur gulung tercapai.. then gulung telur dadar gulung dalam seaweed..


Untuk adunan nasi pulak, masak beras sushi ikut step pada plastik pembungkus.. Selalunya saya guna beras jenama sumo, macam kat bawah ni


Bila dah masak, mix nasi yang tengah panas2 tu dengan sedikit gula, garam n cuka.. spesifik amaun tak reti nak ckp, tapi masa tengah kacau tu adjust2 rasa ikut kesesuaian sendiri..

Letak seaweed atas mat then letak nasi atas tu, jangan sampai penuh, kalau penuh agak payah untuk proses penggulungan berlaku..

Lepas itu gulung dan potong..

Maka terjadilah sushi dengan surprise di tengahnya



KANIMAYO SALAD SUSHI 

Untuk kanimayo salad, cume crabstick, timun jepun dan mayonis


Mix together n letak atas nasi.. acuan sushi ada jual kat daiso.. just lekap2 and tampal seaweed...




0 comments:

 

ASAM GARAM Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting